Berita UtamaDuniaUtama

Israel hanya benar 3 trak bawa bahan bakar masuk Gaza

Qatar biayai 450 liter minyak untuk loji jana kuasa elektrik Palestin

GAZA, 1 Safar 1440H, Rabu – Trak membawa bekalan bahan bakar yang dibiayai Qatar tiba di Semenanjung Gaza petang semalam, lapor Middle East Monitor.

Enam trak yang membawa 450 liter minyak dilaporkan memasuki Semenanjung Gaza, melalui persimpangan sempadan Kerem Shalom.

Rejim pengganas Israel hanya membenarkan tiga penghantaran bahan bakar yang dibiayai negara pengeluar minyak itu, untuk loji jana kuasa Gaza.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) membantah langkah Qatar itu dan menyifatkan proses penghantaran bahan bakar tidak dilakukan melalui penyelarasan kerajaan berkenaan.

Rakyat Gaza memerlukan antara 450 hingga 500 megawatt tenaga elektrik sehari.

Namun, kekurangan bahan bakar sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan wilayah itu hanya menerima empat hingga enam jam bekalan elektrik sehari.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close