Berita UtamaDuniaUtama

China lancar kempen antihalal di Xinjiang

Pemimpin komunis bimbang ajaran Islam meresap dalam komuniti sekular China

XINJIANG, 1 Safar 1440H, Rabu – Pihak berkuasa China melancarkan kempen menentang produk halal di Xinjiang, wilayah terbesar yang diduduki penduduk beragama Islam di negara itu. 

Kempen memerangi produk halal difahamkan bertujuan untuk menggalakkan ekstremisme agama, yang dianggap cuba mempengaruhi ajaran agama dalam kehidupan sekular.

Ketika mesyuarat Parti Komunis semalam, pihak berkuasa Urumqi di Xinjiang menggesa pegawai kerajaan untuk memperkuat ‘perjuangan ideologi’ mereka dan melawan kecenderungan terhadap produk halal.

Mereka mendakwa, semakin banyak produk yang tidak sepatutnya dilabel sebagai halal, kerana ia membolehkan ajaran Islam menembusi kehidupan sekular di China.

Global Times menerusi laporannya turut menyatakan ‘permintaan produk halal’ seperti ubat gigi dan makanan telah mencetuskan permusuhan terhadap agama.

Pada Mac lalu, pegawai di daerah Gansu, yang menempatkan penduduk Islam Hui terbesar, menutup lebih daripada 700 kedai yang menjual produk pan-halal. 

Perkhidmatan seperti ‘potongan rambut halal’ dan barangan mandi halal juga turut dilarang. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close