Berita UtamaDuniaUtama

Angka korban gempa bumi Haiti meningkat 17 orang

7,800 buah rumah rosak akibat gempa

PORTAU PRINCE, 1 Safar 1440H, Rabu – Jumlah korban akibat gempa bumi yang melanda barat laut Haiti meningkat kepada 17 orang, dan 350 yang lain dilaporkan cedera, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar pantai Port-de-Paix, bandar utama yang paling dekat dengan pusat gempa itu.

Manakala tujuh lagi mangsa meninggal dunia di Gros-Morne, kira-kira 50 kilometer ke tenggara dan satu terbunuh di bandar Saint-Louis du Nord.

Kakitangan kecemasan yang ditempatkan di zon gempa itu berkata, kira-kira 7,800 rumah rosak akibat gempa dengan kekuatan 5.9 magnitud.

Presiden, Jovenel Moise meminta penduduk bertenang dan mencari tempat perlindungan. 

Katanya, pihak berkuasa tempatan  dikerah menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Gempa dan beberapa gegaran susulan dirasai ibu negara, Port-au-Prince, mencetuskan rasa takut di kalangan penduduk yang masih terkesan akibat gempa bumi pada tahun 2010 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 200,000 orang mati. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close