Berita UtamaDuniaUtama

Ahed Tamimi hiasi muka depan Vogue Arabia

Aktivis remaja Palestin mahu kaji undang-undang, berjuang untuk tanah air

DUBAI, 29 Muharram 1440H, Selasa – Aktivis remaja Palestin, Ahed Tamimi, yang baru-baru ini dibebaskan daripada tahanan rejim Israel telah dipilih untuk menghiasi muka depan edisi Oktober, majalah Vogue Arabia.

Ahed, yang menjalani hukuman penjara lapan bulan selepas dia didakwa memukul askar Israel, dibebaskan pada awal tahun ini. 

Dia dilihat sebagai pahlawan oleh warga Palestin dan telah diangkat sebagai srikandi mereka.

“Sejak saya dibebaskan pada 29 Julai, saya telah menjadi jurucakap Palestin, satu tanggungjawab yang bukan mudah.

“Dengan peranan ini datang banyak tanggungjawab dan tekanan… Orang sering bertanya di mana saya mendapat kekuatan dan keberanian saya untuk berdiri menentang penindasan Israel, tetapi saya mengalami situasi yang memaksa saya menjadi kuat,” katanya.

Ahed menjadi ikon yang terkenal di rantau ini selama bertahun-tahun kerana menyertai demonstrasi sejak usia muda. 

Beberapa ahli keluarganya – termasuk sepupunya, Ahlam Tamimi – maut ketika terlibat dalam serangan dengan tentera Israel.

“Saya terlibat dalam demonstrasi dan konfrontasi dengan tentera Israel sejak saya masih kecil. Banyak yang mengkritik, tetapi mengapa mereka tidak mengkritik tentera yang menunjukkan kuasanya di depan kanak-kanak?

“Di bawah kepungan Israel, segalanya jenayah. Masyarakat sepatutnya tidak menuding jari menyalahkan kami kerana sekatan haram ke atas wilayah kami adalah tindakan yang salah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahed berkata, beliau mahu mengkaji undang-undang dan berjuang untuk Palestin di peringkat global. 

“Ramai bertanya saya bagaimana kehidupan di dalam penjara. Saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya kerana saya mahu melupakannya,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close