Berita UtamaDuniaUtama

23 warga Palestin termasuk wanita ditahan rejim Israel

11 penunjuk perasaan cedera ketika protes di pantai Gaza

RAMALLAH, 29 Muharram 1440H, Selasa – Tentera rejim pengganas Israel menahan sekurang-kurangnya 23 warga Palestin, termasuk seorang wanita, ketika satu serbuan di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) mengesahkan bahawa tentera Israel menahan seorang warga Palestin di selatan Hebron, yang dikenali sebagai Raafat Masalmeh.

Di selatan daerah Bethlehem, empat warga Palestin ditahan; mereka dikenali Muhammad Yousef al-Zir bersama adiknya Zacharia, Khalid Wajih al-Zir dan Muhammad Ali Atallah.

Di daerah pusat bandar Ramallah pula, tentera Israel menahan enam rakyat Palestin. PPS mengenal pasti mereka sebagai Akram Jumaa Hamayil, Fouad Dar Khalil, 37, Awad Abu Alia, Imad Hamad, Jawad Hama dan Rami Karajeh.

Di daerah Nablus, lima rakyat Palestin ditahan, termasuk seorang wanita yang kemudian dibebaskan, oleh pasukan Israel. Mereka dikenali sebagai Fayruz Naalwa, Muhammad al-Bahash, Hamad Hashash, Sous Marshud, dan Amar Abu Mustafa.

Di daerah Tulkarem, PPS mengesahkan bahawa tujuh warga Palestin ditahan; mereka dikenali sebagai Walid Suleiman Abu Sheikha, Louay Hussam Abu al-Ouf, Amid Azmi Naalwa, Laith Bassam Mahdawi, Amro Sahil Awda dan Adib Qasem Ibrahim serta anaknya, Majdi.

Menurut kumpulan hak asasi Addameer, terdapat 5,781 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel, dan 65 daripadanya adalah wanita.

Sementara itu, di Gaza, 11 penunjuk perasaan Palestin cedera akibat tembakan tentera rejim Israel ketika protes susulan pengumuman Israel mengurangkan kawasan memancing di sepanjang pantai Gaza pada hari Isnin, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Beberapa pemilik bot menyertai protes itu, membakar tayar dan melemparkan batu di sepanjang sempadan dengan Israel. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close