Berita UtamaDuniaUtama

Lelaki Palestin tembak mati dua warga Israel

Fatah sangkal dakwaan kejadian adalah serangan pengganas

BAITULMAQDIS, 28 Muharram 1440H, Isnin – Seorang lelaki Palestin menembak mati dua warga Israel dan mencederakan seorang lagi dalam serangan yang berlaku di kawasan industri bersebelahan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Dalam serangan berhampiran penempatan Barkan itu, lelaki dan salah seorang wanita terbabit maut akibat cedera parah, manakala seorang lagi dihantar ke hospital.

Penyerang dikatakan pekerja sebuah kilang milik syarikat Israel dan berasal dari Tulkarem di Tebing Barat. Lelaki itu dipercayai menggunakan senjata api buatan sendiri yang popular dengan nama ‘Carlo’.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus mendakwa kejadian itu adalah ‘serangan pengganas’ dan usaha memburu penembak yang meloloskan diri kini dipergiatkan.

Bagaimanapun, kumpulan Jihad Islam Palestin berkata, serangan itu adalah ‘tindak balas semula jadi’ terhadap jenayah dilakukan rejim pengganas Israel di Gaza, Baitulmaqdis dan Khan al-Ahmar – kampung Badwi di Tebing Barat yang bakal dirobohkan.

Sementara, Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) pula berkata, penafian Israel terhadap hak Palestin adalah punca serangan sedemikian berlaku.

“Tiada keselamatan bagi sesiapa selagi rakyat Palestin dinafikan hak mereka. Satu-satunya penyelesaian untuk keamanan adalah dengan mengiktiraf hak kami untuk membentuk negara sendiri di tanah yang diduduki pada tahun 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close