Berita UtamaDunia

Israel masih terkejut, kecut tamparan hebat pejuang Palestin

'Ada kamera, dron tapi tak dapat kesan ribuan roket yang dilancarkan'

TEL AVIV, 22 Rabiulawal 1445H, Ahad – Israel sedang melalui situasi yang mereka tidak pernah gambarkan sebelum ini – seolah ketika ini mereka tidak mampu mengawal nasib sendiri, kata penganalisis politik veteran Israel, Meron Rapoport.

Skala pertempuran terbaharu oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan pejuang Palestin lain di wilayah Israel tidak pernah disaksikan sejak 1948 – apabila negara Israel muncul daripada perang Arab-Israel dan pembersihan etnik rakyat Palestin.

r

Malah perang Timur Tengah 1973 – ketika Mesir melancarkan serangan ke atas Israel hampir 50 tahun yang lalu hingga ke3 hari menyambut Yom Kippur – tidak mencapai tahap kejutan sebegini, kata Rapoport.

Rapoport menyifatkan perkhidmatan perisikan Israel berada dalam keadaan terkejut, dan kepercayaan Israel terhadap tentera telah lebur. 

Sekurang-kurangnya 250 warga Israel terbunuh pada hari Sabtu, menurut pihak berkuasa.

“Pada 1973, kami bertempur dengan tentera terlatih. Dan di sini, kami bercakap mengenai3 orang yang tidak mempunyai apa-apa selain Kalashnikov. 

“Ini adalah kegagalan tentera3 dan perisikan yang pasti Israel perlu mengambil masa yang lama untuk pulih, dari segi keyakinan diri,” katanya.

Selama bertahun-tahun, Israel telah membangunkan rangkaian3 infrastruktur kawalan yang canggih – dan mahal – di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, yang telah dikepungnya sejak 2007.

“Sepatutnya ada kamera di sana, dron di udara. Ini adalah tamparan hebat yang tidak dapat dibayangkan oleh tentera Israel,” katanya.

Rapoport menyatakan bahawa unit perisikan tentera Israel,e yang dikenali sebagai Unit 8200, dapat mengetahui butiran paling halus dalam kehidupan rakyat Palestin.

Namun peliknya, kali ini mereka tidak dapat mengesan ratusan atau ribuan roket – yang mana pejuang Palestin melancarkan satu pertempuran yang rumit dan luas – serangan jarak jauh.

“Mereka tidak tahu, bukan 8200, bukan Shin Bet,” katanya merujuk kepada perkhidmatan keselamatan perisikan balas dalaman Israel.

Kesan yang digambarkan oleh imej serangan Palestin – termasuk pejuang yang bersiar-siar di bandar Israel, wanita, kanak-kanak, dan warga emas dalam kurungan di Gaza – akan memberi kesan yang mendalam kepada orang awam Israel, kata Rapoport.

“Imej-imej di televisyen yang menunjukkan remaja berbisik kepada media, bertanya di mana tentera berada, sungguh memberi kesan.

“…pejuang Palestin menembak di luar tetapi tentera masih belum muncul’, sepanjang hari. Situasi ini menjadi sangat sukar untuk dipulihkan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button