Berita UtamaDuniaTULARUtama

VIDEO | Rakaman satelit, gambar kampung di Palu ditelan bumi

Barangan, mangsa 'tsunami tanah' ditemui 4 kilometer dari lokasi asal

TULAR di media sosial rakaman satelit menunjukkan bagaimana tanah menjadi ‘cair’ lalu mengheret rumah penduduk ketika gempa bumi melanda Sulawesi Tengah, 28 September lalu.

Rakaman itu dikeluarkan DigitalGlobe menggunakan satelit komersial paling canggih di orbit yang memantau situasi semasa, termasuk keadaan tanah pertanian, sistem pengairan, topografi muka bumi, data maklumat geografi (GIS), imej penderiaan jauh (remote sensing) dan mekanisme pengurusan, menggunakan kaedah geospatial .


Ketika pemantauan situasi semasa, satelit berkenaan sempat merakamkan bagaimana keadaan pergerakan tanah yang mencair dan menghanyutkan kawasan penduduk di perkampungan Petobo, Palu.

Rakaman amat jelas dengan resolusi pixel 0.5 meter itu usai gempa berkekuatan 7.4 magnitud berlaku, maka rumah dan bangunan diheret oleh lumpur yang kemudian menelannya.

Pencairan tanah, proses geologi di mana struktur tanah runtuh, sememangnya bukan di dalam pengetahuan penduduk, termasuk mangsa dan saksi gempa itu.

Namun, sesetengah penduduk yang terselamat menyatakan bahawa apa yang berlaku di perkampungan Petobo itu adalah ‘tsunami tanah’.

Saksi berkata, tanah di perkampungan itu menjadi lumpur yang bergulung bagaikan ombak lautan, mengalihkan rumah sehingga 700 meter daripada lokasi asalnya.

Ahli Majlis Sulawesi Tengah, Yahdi Basma, yang mana rumahnya beralih 700 meter dari tapak asal dan separuh daripadanya ditelan bumi, berkata, pokok kelapa juga diheret sehingga beberapa ratus meter.

DigitalGlobe juga menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan asal beberapa kawasan yang dirakam pada 17 Ogos, berbanding gambar pada 1 Oktober lalu.

Sehingga hari ini, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia menganggarkan sekurang-kurangnya 1,649 orang terbunuh, dan usaha masih dilakukan untuk mencari mangsa yang terbenam dalam tanah di perkampungan Petobo itu.

Daerah Sigi juga mengalami masalah sama apabila lumpur setebal 15 meter mengheret rumah dan manusia, sebelum menimbus mereka. Sesetengah barangan dan mayat pula ditemui kira-kira empat kilometer daripada lokasi asal mereka.

Semalam, kerajaan Indonesia bakal mengisytiharkan kawasan Balaroa dan Petobo, sebagai ‘tanah kubur besar’.

Berikut adalah gambar perbezaan yang dirakam satelit pada 17 Ogos (SEBELUM) dan 1 Oktober 2018 (SELEPAS) yang dikeluarkan DigitalGlobe.

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close