Berita UtamaDuniaUtama

11 maut gempa bumi gegar Haiti

Penduduk bimbang, masih trauma insiden 2010

PORT-AU-PRINCE, 27 Muharram 1440H, Ahad – Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud menggegarkan pantai barat Haiti semalam, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa dan menyebabkn kerosakan bangunan di negara Caribbean itu.

Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS) berkata, titik pusat gempa terletak kira-kira 19 kilometer dari bandar Port-de-Paix.

Jurucakap kerajaan, Eddy Jackson Alexis berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan 11 mangsa terkorban, namun tidak mengulas lanjut berhubung angka kematian itu.

Katanya, kerajaan juga telah menubuhkan satu pasukan petugas khas susulan gempa yang melanda negara kira-kira jam 8.10 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, gegaran turut dirasai di Port-de-Prince, ibu negara Haiti sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalagan penduduk yang masih trauma dengan gempa bumi kuat, yang menyebabkan 200,000 terkorban pada 2010.

Sementara itu, Presiden negara, Jovenel Moise dalam catatan di Twitter menggesa rakyat supaya bertenang, dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan membantu penduduk di kawasan terjejas.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close