Berita UtamaKolumnisUstaz Mohd Hazizi Abdul Rahman

Nahi mungkar akan lenyap

Liberalisme memang mahu Islam jadi isu peribadi semata-mata

BERDASARKAN laporan media The Star bertarikh 6 Oktober 2018, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Ini kerana katanya, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Maka, noktah besar yang saya ingin angkat:

Selepas ini, nahi mungkar akan semakin malap oleh pihak berkuasa. Kita rakyat muslim Malaysia hanya boleh bercakap sahaja, tindakan pihak berkuasa akan lenyap. Maksiat akan semakin berleluasa.

Penggunaan istilah ‘private sphere’ dan ‘public sphere’ sudah cukup memberitahu kita cara fikir liberal seseorang. Liberalisme memang mahu agama Islam sebagai isu peribadi semata-mata.

Syariat menetapkan bahawa ‘Iqrar’ atau pengakuan adalah sekuat-kuat pembuktian terhadap maksiat. Orang sekarang sudah mengaku gay.

Kalau ikut kenyataan menteri, kerajaan tak boleh ambil tindakan kerana mereka meliwat dalam ‘private sphere’, walaupun satu dunia sudah tahu pengakuan mereka.

Al-Quran jelas sekali menjanjikan kebinasaan bagi masyarakat yang berleluasa kemungkaran dan maksiat. Kesemua orang akan diazab kecuali yang melakukan nahi mungkar.

Ustaz Hazizi Abd Rahman
Ahli Majlis Syura Isma

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close