Pendapat

Arak: Keharmonian dihancurkan ibarat kaca dihempas ke lantai

Perbuatan rakam dan sebar video boleh cetuskan ketegangan

1. SAYA tonton video seorang India yang mahu beli arak di 7E di Johor Bahru, lalu juruwang Muslim menolak untuk meneruskan transaksi jual beli.

2. Hukum terlibat dalam transaksi arak adalah haram. Sengaja pegang arak yang merupakan najis juga haram menurut mazhab Syafie. Pegang najis tak membatalkan wuduk. Kerja di premis yang menjual arak adalah halal selagi tak terlibat dengan transaksi arak, tapi sebaiknya dielakkan.

3. Perbuatan merakam dan menyebar video sebegini boleh mencetus ketegangan. Seharusnya kes begini diurus dengan tenang dan bijak oleh pembeli, penjual dan pemantau media sosial.

4. Kepada para Muslim yang bekerja di premis yang menjual barang haram, berusahalah sedaya upaya untuk dapatkan kerjaya yang 100 peratus halal. Yang terperangkap dalam situasi seperti dalam video, mohon maaf kepada pelanggan dengan baik.

5. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk Muslim yang insaf. Saya yakin masyarakat sentiasa menyokong anda yang ingin memelihara agama. Heads up and keep moving. No turning back.

6. Arak adalah musuh kepada kemanusiaan. Arak bersifat cancerous. Arak menghancurkan keharmonian masyarakat Malaysia.

7. Kerajaan perlu menggubal dasar yang lebih jelas dalam hal ini. Saya cadangkan arak diharamkan terus di Malaysia bagi memudahkan semua penganut agama bekerja di sektor peruncitan. Tiada agama yang mahu penganutnya terlibat dengan arak.

Bilal Jailani

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close