Berita UtamaUtama

‘Rujuk DBP sebelum pasang papan iklan’

Kerajaan negeri Perak mahu papan tanda menggunakan bahasa Melayu yang betul

IPOH, 24 Muharram 1440H, Khamis – Kerajaan negeri Perak akan mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebelum memasang papan iklan, sepanduk dan gegantung di negeri itu.

Bukan itu sahaja, semua papan tanda dan iklan yang sudah dinaikkan juga perlu diperbetulkan supaya paparan tersebut mematuhi penggunaan bahasa Melayu yang betul.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya mahu bekerjasama dengan orang ramai terutama peniaga dan pihak DBP untuk memperbetulkan keadaan.

“Saya fikir eloklah kita memartabatkan penggunaan bahasa Kebangsaan kita dengan betul. Bukan kita menolak bahasa-bahasa lain tetapi nak galak penggunaan bahasa Melayu dengan betul,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Forum Antara Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Piala Menteri Besar Perak kali ke-8 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh menguatkuasakan arahan tersebut akan dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas menyambut baik saranan Ahmad Faizal untuk merujuk agensi itu terlebih dahulu itu.

“Jadi kita nak perluaskan perkara ini kepada semua PBT dan kita amat menyokong saranan menteri besar,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close