Berita UtamaDuniaUtama

Berita palsu di Sulawesi cetus panik

Kerajaan akan adakan taklimat mingguan tangani berita tak benar

JAKARTA, 24 Muharram 1440H, Khamis – Kerajaan Indonesia sedang berusaha menangani penyebaran berita dan maklumat palsu yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sulawesi Tengah – wilayah yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

Langkah itu susulan satu laporan palsu mendakwa kononnya satu lagi gempa bumi kuat bakal melanda wilayah itu telah menimbulkan kegusaran mangsa di Sulawesi Tengah.

Antara berita lain yang turut disahkan tidak benar membabitkan dakwaan kononnya Datuk Bandar Palu terbunuh akibat gempa, selain tawaran penerbangan percuma untuk waris mangsa ke Palu serta empangan Bili Bili di Sulawesi Selatan retak.

Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia menafikan berita tular itu dalam satu kenyataan media sebelum ini, sekali gus memandang serius terhadap perkara itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan akan mengadakan taklimat mingguan bagi mengelakkan orang ramai menerima berita tidak benar.

Wilayah Sulawesi Utara terletak bersebelahan dengan Sulawesi Tengah yang digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami pada Jumat lalu, menyebabkan angka korban terus meningkat kepada 1,400 orang.

Gempa bumi bermagnitud 7.4 pada Skala Richter menggegarkan Kota Palu dan Donggala yang turut mengakibatkan tsunami, serta turut disusuli lebih 250 gempa susulan setakat ini.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close