Berita UtamaDuniaUtama

1,700 bangunan ranap ditelan pasir jerlus

Gempa punca permukaan bumi jadi berlumpur, mudah jerlus

JAKARTA, 23 Muharram 1440H, Rabu – Kira-kira 1,700 bangunan tenggelam akibat pasir jerlus selepas berlaku gempa bumi dengan kekuatan 7.5 skala Richter yang menggegarkan Palu, Indonesia Jumaat lalu.

Beberapa imej satelit di daerah Petobo bersebelahan selatan Lapangan Terbang Palu menunjukkan satu lagi kawasan perbandaran musnah selepas semua bangunan ranap.

Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, apabila gempa berlaku, lapisan bawah permukaan bumi menjadi berlumpur dan mudah jerlus.

“Kompleks perumahan di Petobo kebanyakannya seperti tenggelam di dalam tanah. Kami anggarkan 744 buah rumah di sana,” katanya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pasir jerlus atau ‘li­quefaction’ merupakan satu fenomena yang menyaksikan tanah mempunyai ciri seperti air akibat gegaran kuat ketika gempa bumi.

Pasir jerlus berlaku apabila gempa meningkatkan tekanan air dalam tanah yang tepu menyebabkan ikatan partikel tanah atau pasir menjadi longgar menyebabkan tanah berpasir lembut seperti berair.

Fenomena itu juga sering berlaku di kawasan tambakan terletak hampir dengan laut atau sungai. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close