Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Kempen kondom di taman awam


1. KITA tidak menafikan usaha kerajaan dalam kempen seks selamat menggunakan kondom ini adalah bagi mengawal penyebaran penyakit AIDS / HIV yang semakin menular. Namun dalam usaha mengawal penyakit ini juga, usaha memahamkan masyarakat terhadap menjauhi zina dan perbuatan seks songsang juga adalah amat perlu.

2. Ini kerana, salah satu penyumbang utama yang membawa kepada penyebaran AIDS/HIV ini adalah perlakuan seks songsang. Berdasarkan laporan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV yang mewakili 50 peratus kes baharu dilaporkan sepanjang 2017.

3. Berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, sebanyak 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang seperti homoseksual dan biseksual adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan pada tahun lalu.

4. Lebih mengejutkan, jumlah tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV yang sering diperkatakan sebagai punca utama penyebaran virus berkenaan.

5. Apapun, yang menjadi kebimbangan apabila penyebaran virus itu dalam kalangan golongan homoseksual dan biseksual itu semakin meningkat setiap tahun daripada 63 kes pada tahun 2000 kepada 1,553 pada tahun 2016 selain 1,697 pada tahun lalu.

6. Dengan itu, disamping kita berkempen menggunakan kondom dalam hubungan kelamin, jangan pula kita lupa bahawa hubungan songsang elgibiti ini telah menjadi factor utama penyebaran watak tersebut.

7. Adalah amat menghairankan sekiranya Kementerian Kesihatan berusaha mengurangkan kadar AIDS/HIV ini namun dalam masa yang sama kita pula menyokong kumpulan ELJIBITI, golongan yang sekarang sudah menjadi penyumbang utama penyakit ini.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Ahmad

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lgbt-paling-ramai-hidap-hiv-1.720990

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/10/penyumbang-hiv/

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close