Berita UtamaUncategorizedUtama

Kita dapat maklumat keberadaan Jho Low: Dr Mahathir

Pihak berkuasa Malaysia hadapi kesukaran bawa pulang jutawan

NEW YORK, 19 Muharram 1440H, Sabtu – Pihak berkuasa Malaysia telah menerima beberapa maklumat mengenai keberadaan jutawan buruan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low daripada beberapa pihak termasuk rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tetapi dia mengetahui terlebih dahulu mengenai tindakan yang mungkin kita ambil dan dia hilang,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, meskipun menghadapi banyak kesukaran pihak berkuasa melakukan yang terbaik, tetapi malangnya setakat ini mereka belum berjaya.

“Jika anda tahu, beritahu dan ambil tindakan. Sila beritahu kami di mana dan kami perlu berunding dengan negara berkenaan.
Semua perkara ini tidak dihebahkan, lebih kurang,” katanya.

Ditanya sama ada benar ahli perniagaan yang diburu itu berada di China, Dr Mahathir berkata:

“Kami diberitahu dia berada di China di antara tempat-tempat lain. Kami juga diberitahu dia berada di Bangkok. Beliau seolah-olah mempunyai keupayaan untuk mengetahui terlebih dahulu mengenai apa yang akan kita lakukan “.

Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, didakwa tanpa kehadiran mereka di Malaysia bulan lalu berkaitan wang yang didakwa dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pelbagai negara termasuk peguam negara Amerika Syarikat dan Switzerland untuk mengembalikan wang yang didakwa dicuri itu. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close