Berita UtamaUtama

Serangan AS, Afghanistan bunuh 21 orang awam

12 sekeluarga, 14 kanak-kanak antara terkorban

GENEVA, 17 Muharram 1440H, Khamis – Sekurang-kurangnya 21 orang awam, termasuk 14 kanak-kanak terbunuh dalam dua serangan udara berasingan di Afghanistan pada hujung minggu lalu.

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) dalam satu kenyataan berkata, serangan udara yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan turut membunuh 12 anggota keluarga.

UNAMA berkata, 12 anggota keluarga terbunuh pada Ahad lalu dalam operasi ketenteraan tentera Afghanistan di wilayah timur Maidan Wardak.

“10 orang yang terbunuh adalah kanak-kanak berusia antara enam hingga 15 tahun, termasuk lapan orang perempuan.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada serangan udara berkenaan dilakukan oleh pasukan Afghanistan atau NATO,” katanya.

Angka itu meningkat selepas UNAMA menerima laporan baharu membabitkan kematian sembilan anggota keluarga yang terbunuh dalam serbuan di rumah seorang guru di daerah Tagab, wilayah Kapisa pada Sabtu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Ghafor Ahmed Jawed berkata, operasi di Maidan Wardak telah membebaskan lapan tentera negara itu yang didakwa diculik oleh militan Taliban.

Beliau berkata, kementerian itu sedang menyiasat kedua-dua insiden berkenaan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close