PendapatUtama

Asabiyyah Melayu wujud semula

Kewujudan ultra Melayu, ultra Cina boleh meruntuhkan perpaduan

SAMBUNGAN SEMALAM

Aplikasi di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa. Memasuki era milenial ini, Malaysia menghadapi cabaran ketahanan dari segi rupa bentuk sosial negara dan asas agama dalam negara.

Pasca PRU14 menunjukkan indikasi bahawa populism dan ‘identity politics’ golongan minoriti semakin mendapat tempat di dalam rupa bentuk sosial negara. Malah, usaha kerajaan sebelum ini yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘melting pot’ adalah satu usaha yang semakin merenggangkan hubungan masyarakat Malaysia yang telah terbina sejak sebelum penjajahan kolonial lagi.

Kerajaan Malaysia sepatutnya memahami struktur sosial masyarakat yang telah diasas, berasaskan identiti Melayu Islam yang masih menjadi majoriti komposisi masyarakat Malaysia kini.

Memperkukuh identiti masyarakat Melayu Islam adalah instrumen penting dalam menjamin masa depan Malaysia.

Kerajaan juga perlu memperkukuhkan identiti masyarakat Cina dan India menerusi pendidikan yang berteraskan semangat toleransi, menjadikan penerimaan masyarakat Melayu terhadap penduduk dari luar sebagai warganegara, dengan mengorbankan perkara tertentu sebagai contoh kepada semangat toleransi di antara bangsa.

‘Identity politics’ golongan minoriti seperti LGBT, golongan kiri (liberal dan sebagainya) dan DAP telah menolak dan memarakkan golongan majoriti Melayu dalam kembali kepada perpaduan dan mengenal identiti Melayu.

Sifat asabiyyah di kalangan Melayu kini kembali wujud setelah lama dilalaikan dengan materialisme dan kemewahan.

Walaupun pada permulaannya ini kelihatan sebagai satu perkara yang baik, dalam jangka masa panjang, akan wujud ultra Melayu, ultra Cina yang boleh bertindak meruntuhkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini kerana asabiyyah ini tidak dibina di atas perkara yang betul, sebaliknya dibina di atas semangat kebencian yang salah.

Asabiyyah yang perlu dibina adalah asabiyyah kekitaan berdasarkan sifat sayang akan bangsa dan agama juga di atas sifat bencikan kejahatan dan kebatilan.

Kerajaan Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga Islam dan Melayu kerana tindak tanduk yang sering mengangkat golongan minoriti akan menolak ke satu sudut di mana kerajaan akan hilang kawalan terhadap kuasa dan akan berlaku kekacauan yang bakal merosakkan negara.

Kerajaan perlu mengiktiraf asabiyyah bangsa dan tidak melakukan segregasi terhadap golongan majoriti di Malaysia yang menyebabkan perpecahan dalaman.

Kerajaan perlu membina Malaysia berdasarkan identiti Melayu Islam yang telah tersemat di dalam sejarah tanah air ini yang menjamin kemakmuran masyarakat.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close