Berita UtamaUtama

PAC panggil Najib, Guan Eng Oktober ini

Pegawai Kementerian Kewangan sudah beri keterangan

KUALA LUMPUR, 16 Muharram 1440H, Rabu – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi memberi keterangan berhubung dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam satu kenyataan berkata, bekas Perdana Menteri akan dipanggil pada 17 Oktober, manakala Guan Eng pada 22 Oktober ini.

Selain dua individu berkenaan, PAC juga memanggil semula bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang telah memberi penjelasan minggu lalu, pada 16 Oktober ini.

Siasatan itu diadakan selepas Guan Eng dalam sidang Dewan Rakyat 8 Ogos lalu mendakwa kerajaan kekurangan RM19.25 bilion kerana hanya ada RM148.6 juta dalam akaun amanah pembayaran balik GST, sedangkan akaun itu sepatutnya mempunyai RM19.4 bilion.

Guan Eng berkata, Ketua Pengarah Jabatan Kastam, T Subromaniam menyatakan jabatan itu dalam mesyuarat jawatankuasa dana amanah bulanan meminta RM82.9 bilion dipindahkan ke akaun amanah pembayaran balik GST, tetapi hanya RM63.5 bilion diperoleh.

Semalam, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Siti Zauyah Md Desa dan beberapa pegawai dari Kementerian Kewangan telah hadir dalam prosiding.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close