Berita UtamaDuniaUtama

Dunia semakin huru hara

Setiausaha Agung PBB beri amaran kekacauan meningkat

NEW YORK, 16 Muharram 1440H, Rabu – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia kini sedang menyaksikan kekacauan dan kekeliruan yang semakin meningkat.

Guterres pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam berkata, kepercayaan terhadap ketenteraman dunia berasaskan peraturan di kalangan negara ‘kini di hujung tanduk’ dan kerjasama antarabangsa semakin sukar.

“Hari ini, ketertiban dunia semakin huru-hara. Hubungan kuasa kurang jelas. Hari ini juga, dengan peralihan imbangan kuasa, risiko konfrontasi makin meningkat,” katanya ketika menyampaikan ucapan sesi pembukaan UNGA.

Bagaimanapun, Guterres tidak menamakan mana-mana negara, namun wujud kebimbangan di kalangan diplomat PBB bahawa dunia semakin berpecah kepada pengaruh dan amalan persaingan kuasa. 

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula kemudiannya membuka ucapannya dengan menggembar-gemburkan dasar domestiknya, termasuk pemotongan cukai dan perancangannya untuk membina tembok sepanjang sempadan AS-Mexico, sebelum menangani keutamaan dasar luar negeri.

Diplomat PBB juga bimbang dunia sedang diukir menjadi sfera pengaruh dan kembali ke persaingan hebat.

Sejak Trump memegang jawatan pada tahun lepas, Washington telah melanggar banyak perjanjian dan konvensyen antarabangsa. 

Trump telah membatalkan perjanjian nuklear Iran, dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), perjanjian iklim Paris dan memotong dana kepada PBB. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close