Berita UtamaUtama

Komuniti Perodua sumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia

'Kami sokong kerajaan baik pulih semula ekonomi negara' kata Pengerusi Perodua

KUALA LUMPUR, 15 Muharram 1440H, Selasa – Komuniti Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), merangkumi kumpulan syarikat organisasi dan kakitangannya, menyumbang RM1.1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan jumlah hutang negara.

Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan itu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di pejabatnya hari ini, menurut Perodua dalam satu kenyataan.

“Sumbangan ini membuktikan Perodua dan kakitangannya mahukan Malaysia yang lebih baik dan berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami,” kata Asmat.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan kerajaan Pakatan Harapan pada 30 Mei, 2018 untuk membantu kerajaan membayar balik jumlah hutang negara yang melebihi RM1 trilion, menurut Kementerian Kewangan.

Pelbagai organisasi, kumpulan dan individu menyumbang lebih daripada RM180 juta kepada Tabung Harapan Malaysia sehingga akhir Ogos.

“Kami memahami usaha mengurangkan jumlah hutang negara akan mengambil masa yang lama, dan kami akan menyokong kerajaan masa kini dalam usaha membaik pulih semula ekonomi negara melalui eko-sistem automotif negara,” kata Asmat.

Tahun ini, Perodua memperuntukkan RM5 bilion untuk membeli komponen kenderaan daripada pembekalnya yang kebanyakannya merupakan syarikat tempatan.

Perodua juga menyasarkan penjualan 209,000 unit kenderaan tahun ini yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada pengedar bebas di seluruh negara. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close