TULARUtama

VIDEO | Secebis kisah anak yatim

Tak pernah ingat wajah ibu, namun doanya tidak pernah putus

KISAH ini berlaku di Rumah Anak Yatim Kuala Muda, Kampung Che Bema, Sungai Petani, Kedah. Berkisar mengenai Mohd Hakimi Idrus yang kini memasuki pusat latihan tentera.

Kisah ini disiarkan dalam laman Facebook Natipah Abu ketika menghantar Hakimi ke Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Johor. – KD Sultan Ismail.

Ikuti tulisan Natipah selanjutya:

Sedih … teramat sedih melepaskan dia pergi. Kerana selama ini segala tentang dia adalah di bawah tanggungan kami. Apa yang dia lalui dan hadapi .. semuanya ada dalam pengetahuan dan pemantauan kami.

Dia tidak pernah mengenal kasih ibu .. bahkan tidak ingat wajah ibu .. melihat gambar wajah ibu juga tidak pernah sama sekali . Memorinya tentang ibu kandung yang melahirkan anak hebat ini tiada walau sezarah.

Bahkan ketika arwah ibu pergi … dia masih menyusu badan. Menurut waris terdekat .. ketika jasad ibu terbujur kaku .. dia yg belum pun dua tahun umurnya itu cuba memanjat jasad arwah untuk menyusu sambil menangis …

Arwah ibu yang bekerja kilang itu .. pergi secara tiba-tiba setelah demam selama seminggu . Setelah arwah ibu pergi .. arwah ayah dilanda kemurungan dan mengalami tekanan jiwa. Arwah ayah benar- benar tidak dapat menerima pemergian arwah ibu …

Dia pula .. terus berada di bawah jagaan pengasuh yang juga tinggal sekampung dan mengasuh dia bila arwah ibu keluar bekerja. Dia dijaga dengan penuh kasih sayang sehinggalah usianya enam tahun … dia kembali tinggal bersama ayah.

Tetapi .. belum puas bermanja dengan arwah ayah.. arwah ayah diserang stroke dan lumpuh seluruh badan. Bercakap pun, arwah ayah tidak mampu lagi. Sejak itu arwah terlantar dan mereka empat beradiklah yg bergilir-gilir menjaganya. Memandikan dan menyuapkan makan …

Saat itu .. ramai yang bersimpati dengan nasib mereka, tampil untuk menjadikan mereka anak angkat. Namun abang sulung mereka berpegang pada satu prinsip .. biar apa pun terjadi .. dia tidak rela berpisah dgn adik-adiknya.

Membesarlah mereka dalam keadaan serba kekurangan dengan bantuan dan belas kasihan orang- orang sekeliling sehinggalah akhirnya arwah ayah pergi buat selamanya setelah lebih dua tahun terlantar.

Seminggu setelah arwah ayah pergi … ketika tanah kubur masih basah … mereka empat beradik pun dihantar ke rumah anak yatim oleh saudara terdekat demi memastikan mereka empat beradik tidak terpisah apatahlagi arwah ayah anak tunggal. Waktu itu .. Hakimi baru hendak menjangkau usia 9 tahun.

Menjadi perajurit TLDM ini adalah impian Hakimi sejak sekian lama yang juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang kami.

Hari ini ..

Kami akan berpisah dari dia . Bukan sehari dua .. tetapi selama enam bulan. Kata pegawai di sini .. selama enam bulan itu hubungannya dgn kami dan dunia luar akan terputus buat sementara.

Kami tinggalkan dia dengan segunung harapan dan sebuah janji. Harapan .. semoga dia tabah dan akan mencapai kejayaan nanti. Dan janji … akan datang lagi dalam masa enam bulan untuk menjemput dia pulang.

Datang bersama dengan adik-adik seramai 35 orang itu yang juga sama-sama membesar di rumah anak yatim yang menjadi syurga kasih kami selama ini…

 

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close