Berita Utama

Lorong kiri, kecemasan Tapah-Bidor arah selatan ditutup 5 hari minggu depan

Bagaimanapun lorong KM335.70 hingga KM336.65 masih boleh dilalui

IPOH, 16 Zulhijjah 1443H, Sabtu – Lorong kecemasan dan kiri antara Tapah ke Bidor di kilometer (KM) 335.70 hingga KM336.65 (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari untuk memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan jalan bermula 18 (Isnin) hingga 22 Julai (Jumaat).

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanapun lorong KM335.70 hingga KM336.65 (arah selatan) itu masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“PLUS mengutamakan keselamatan serta keselesaan di lebuh raya, dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek itu.

“Justeru pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button