Berita UtamaUtama

‘Sudah tunggu 20 tahun nak jadi perdana menteri’

Tidak layak jadi PM jika abai agenda Melayu, Islam: Anwar

IPOH, 13 Muharram 1440H, Ahad – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan kononnya tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada orang bangkit mempersoal bertanding di Port Dickson. Dia kata saya tak sabar ni, tak sabar apa? Aku tunggu 20 tahun dah.

“Apa masalahnya? Lainlah kalau saya bertanding 13 Oktober, kemudian pada 15 Oktober saya akan bawa undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir, kalau itu iyalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Amanat Perdana Malaysia Baharu di Dewan Auditorium RTM, malam tadi.

Selain itu, mengulas dakwaan dirinya tidak Islamik katanya, beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan agama Isl

Beliau berkata, perbezaan sudut bangsa dan agama yang dianuti tidak akan sesekali menjadi batu penghalang untuk dirinya melaksanakan keadilan terhadap kepentingan kaum lain di Malaysia. 

“Saya katakan kepada mereka, kalau saya hilang Melayu, saya hilang Islam, maka saya tak layak jadi Perdana Menteri.

“Sudah tentu kita nak pertahankan kedudukan Melayu, namun dalam parti ini, ramai kaum India menjadi ahli maka walaupun saya mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya juga kena jaga orang-orang yang beri sokongan kepada parti,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, PKR akan meneruskan penerapan konsep Islam dalam parti, namun ia tidak akan sesekali dijadikan sebagai imuniti dan kelebihan untuk menekan mana-mana anggota parti daripada kaum lain. 

“Kita tidak akan gunakan Islam untuk menekan orang lain atau buat tafsiran Islam hanya nak hukum orang sahaja. Fahaman Islam kita itu berdakwah, beri kesedaran penafsiran dan pemahaman syariah yang benar,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close