Berita UtamaUtama

Gagal laksana janji kepada rakyat Sabah punca Anifah letak jawatan

Anifah janji tetap teruskan perjuangan demi kepentingan rakyat, jalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen

PUTRAJAYA, 9 Muharram 1440H, Rabu – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keputusan meletakkan semua jawatannya dalam UMNO dibuat selepas usahanya memperjuangkan perkara-perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama Barisan Nasional (BN) menemui kegagalan.

Anifah berkata, janji beliau kepada para pengundi dan rakyat Sabah untuk meletakkan jawatan jika hasratnya dalam memperjuangkan perkara itu tidak berjaya perlu dikotakan.

“Perjuangan saya di dalam politik selama ini adalah sangat jelas. Saya bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun sama ada di dalam mahupun di luar parti.

“Ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 ialah titik mula penubuhan sebuah negara Persekutuan yang kita kenali sebagai Malaysia pada hari ini.

“Kini BN tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negara dan tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, segala usaha memperjuangkan perkara-perkara berkaitan MA63 di bawah payung BN tidak akan membuahkan hasil dan terpaksa dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata, walaupun tidak lagi bersama UMNO beliau tetap akan meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan para pengundi di kawasan Parlimen Kimanis.

Anifah hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close