Berita UtamaDunia

Russia dakwa Ukraine tembak MH17

Moscow dedah dokumen peluru berpandu yang dinyahsulitkan

MOSCOW, 8 Muharram 1440H, Selasa – Russia mendedahkan kepada umum, nombor siri peluru berpandu yang memusnahkan pesawat penumpang MH17 pada 2014, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa insiden itu dilakukan pihak Ukraine yang pro-Amerika.

Russia mendakwa nombor siri yang diperoleh daripada serpihan peluru berpandu jenis Buk itu – 886847379 – menunjukkan ia dibina di sebuah kemudahan tentera di Dolgoprudny, Moscow sebelum diserahkan kepada Ukraine pada 1986.

Russia sebelum ini, menafikan terbabit dalam insiden 17 Julai 2014 yang mengorbankan nyawa 283 penumpang dan 15 anak kapal apabila MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak ketika melintasi timur Ukraine.

Kremlin juga berulang kali menyalahkan Ukraine dan mendakwa pasukan penyiasat dari Belanda menggunakan rakaman video palsu yang menunjukkan peluru berpandu itu datang dari Russia.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Jeneral Nikolai Parshin, semalam mendedahkan peluru berpandu dengan nombor siri 8868720, dibina di sebuah kemudahan tentera di Dolgoprudny, Moscow pada 1986 iaitu ketika zaman Kesatuan Soviet, dan diserahkan kepada unit tentera 20152 di kawasan yang kini dikenali sebagai Ukraine.

Parshin berkata, unit itu yang kini dikenali sebagai Rejimen Ke-223 Antipesawat Ukraine, turut terbabit dalam krisis di antara kerajaan dan pemberontak di Kiev, timur Ukraine pada Jun 2014.

Pasukan penyiasat dari Belanda berkata, mereka akan menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti terbaharu yang dikemukakan Russia.

Kementerian Pertahanan Rusia juga menyangkal klip video yang disiarkan satu kumpulan dari United Kingdom – Bellingcat – yang mendakwa peluru berpandu Buk itu dilancar dari Rusia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close