Berita UtamaUtama

Kes gangguan seksual: Ketua Jabatan Ortopedik digantung tugas 2 bulan

Laporan akan diserahkan kepada SPA untuk proses tamat perkhidmatan

SUNGAI BULOH, 8 Muharram 1440H, Selasa – Ketua Jabatan Ortopedik di Hospital Sungai Buloh yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap doktor pelatih, digantung tugas selama dua bulan bermula semalam, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sebelum ini suspek diarahkan untuk bercuti oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkenaan, termasuk Kementerian Kesihatan.

“Kita akan mulakan siasatan pada minggu hadapan dan laporan itu akan diserahkan kepada SPA untuk proses menamatkan perkhidmatan Ketua Jabatan berkenaan.

“Beliau bagaimanapun mempunyai hak untuk mempertahankan kedudukannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup bersama kakitangan jabatan, hari ini.

Sebelum ini, The Star mendedahkan aktiviti seorang ketua jabatan yang kerap melakukan gangguan seksual.

Lelaki berkenaan menjadikan doktor pelatih wanita sebagai sasaran dan mengugut akan mengagalkan latihan perubatan mereka jika tidak mengikut kehendaknya.

Antara modus operandi ketua jabatan itu ialah meminta doktor pelatih untuk minum bersamanya sebelum melakukan sentuhan seksual secara paksa.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close