Berita UtamaUtama

Wisma Putra lulus pasport diplomatik kepada Shafee Abdullah

Imigresen keluar pasport diplomatik selepas diluluskan Kementerian Luar

BANGI, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengeluarkan pasport itu selepas mendapat kelulusan daripada Wisma Putra.

“Pasport diplomatik itu diuruskan Wisma Putra. Imigresen hanya akan keluarkan pasport selepas mendapat kelulusan berhubung kepada siapa sepatutnya ia diberikan,” katanya pada Majlis Kerjasama Strategik Jabatan Imigresen Malaysia bersama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Mustafar berkata demikian ketika ditanya mengenai pasport diplomatik dimiliki Muhammad Shafee selepas Mahkamah Sesyen memerintahkam peguam itu menyerahkan pasport antarabangsa dan diplomatik miliknya.

Semalam, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata salah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Azura Alwi turut membenarkan permohonan peguam Harvinder Singh, yang mewakili Muhammad Shafee supaya jaminan sebanyak RM500,000 dibayar pada hari ini dan baki selebihnya diselesaikan pada 18 September ini.

Hakim itu juga turut memerintahkan Muhammad Shafee untuk menyerahkan dua pasport iaitu antarabangsa dan diplomatik kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close