Berita UtamaDuniaUtama

Taufan Mangkhut dijangka landa pantai Filipina esok

Sekolah dan pejabat ditutup, jutaan penduduk diarah pindah

MANILA, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Lebih lima juta penduduk diarah berpindah daripada laluan Taufan Mangkhut yang dijangka melanda Filipina, esok.

Taufan Mangkhut, yang sudah pun membadai Kepulauan Mariana Utara dan Guam, bergerak di Pasifik dengan kelajuan mencecah sehingga 205 hingga 255 kilometer sejam.

Lebih 9,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara menjelang ketibaan ribut berkenaan yang dijangka membadai awal pagi esok.

Semua sekolah dan pejabat kerajaan di lebih 600 kawasan turut ditutup, manakala pasukan keselamatan dan perubatan diarah bersedia menghadapi badai itu.

Pengawal pantai berkata, kira-kira 5,000 penumpang terkandas di beberapa pelabuhan akibat amaran ribut yang akan menuju ke selatan China dan Vietnam.

“Di antara semua taufan tahun ini, Mangkhut adalah yang paling kuat. Ini adalah taufan ganas, ia mempunyai ribut yang sangat kuat,” kata Pakar Meteorologi Agensi Meteorologi Jepun, Hiroshi Ishihara.

Purata 20 taufan dan ribut melanda Filipina setiap tahun, mengorbankan ratusan penduduk.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close