Berita UtamaUtama

Samun: Suami, isteri direman enam hari

Seorang lagi suspek diburu dipercayai terbabit dalam kejadian

SUNGAI PETANI, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai serbaneka 24 jam pada Selasa lalu direman enam hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki berusia 21 tahun tersebut yang merupakan suspek utama dan isteri berusia 32 tahun, disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit ditahan polis di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira 1.30 tengah hari semalam, selepas kedua-duanya diserahkan oleh ibu lelaki tersebut.

Polis kini memburu seorang lagi rakan mereka yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Mereka dipercayai dirakam menyamun seorang wanita di sebuah kedai dobi pada 7 pagi dan 15 minit kemudian menyamun kedai serbaneka yang masing-masing terletak di Taman Puteri Jaya dan Taman Ria di sini.

Klip video daripada rakaman kamera litar tertutup di kedua-dua premis itu kemudian ditularkan.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close