Berita UtamaUtama

Polis tahu lokasi sebenar Jho Low

Kedudukan jutawan kontroversi tidak didedahkan kepada umum

KUALA LUMPUR, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan kontroversi dan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, bagaimanapun lokasi Jho Low tidak akan didedahkan kepada umum.

“Saya tidak akan dedahkannya (lokasi Jho Low) kerana ia masih dalam siasatan kami lagi.

“Tindakan itu diambil bagi melancarkan proses siasatan dan tidak mahu siasatan yang dijalankan terganggu,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Noor Rashid berkata, polis perlu berbincang dengan pihak berkuasa negara terbabit kerana ia membabitkan kedaulatan undang-undang negara itu.

Pada 11 Julai lepas, PDRM mengesahkan Jho Low dipercayai telah meninggalkan Macau tanpa diketahui lokasi terbarunya dan perkara itu telah dimaklumkan melalui emel yang diterima daripada pihak berkuasa Macau.

Emel itu memaklumkan bahawa Jho Low telah meninggalkan Macau dan pergi ke destinasi yang tidak disebutkan.

Sebelum itu, pada 5 Julai, Jho Low disahkan sudah melarikan diri ke Macau.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Jho Low dipercayai menggunakan pasport negara lain pada masa ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun lepas. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close