Berita UtamaUtama

Pemerintahan PH teruk, kata Presiden PAS

Zaman UMNO ada menteri dipenjara, sekarang dibebaskan

KUALA TERENGGANU, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama empat bulan lebih teruk, berbanding kerajaan terdahulu, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama enam dekad.

Beliau berkata, ketika pemerintahan UMNO selama 60 tahun, ada juga menteri besar, menteri yang dibawa ke mahkamah disebabkan rasuah, malah ada juga dipenjarakan.

“PH baru memerintah berapa bulan? Bawa ke mahkamah diselesaikan begitu sahaja. Memerintah empat bulan dah ada masalah apa lagi kalau 60 tahun, lebih teruk daripada UMNO lagi, lebih dahsyat, ini yang kita alami,” katanya merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS kali pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, bagaimanapun tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Thomas sebelum ini mewakili Guan Eng dalam prosiding komital yang difailkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi.

Prosiding komital itu atas dakwaan Guan Eng telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Tommy menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara mengumumkan menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close