Berita UtamaDuniaUtama

Jumlah pelarian Idlib meningkat kepada 38,500 orang

Rejim Bashar, Rusia tingkatkan serangan bom di kawasan penduduk padat

GENEVA, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Keganasan di barat laut Syria menyebabkan lebih daripada 38,500 penduduk menjadi pelarian dalam tempoh kurang dua minggu susulan peningkatan pertempuran dan serangan rejim di wilayah Idlib, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Dalam laporan berkenaan, PBB menyatakan berlaku peningkatan jumlah pelarian hampir 10,000 orang berbanding angka yang dinyatakan pada Isnin lalu.

“Sejak tarikh 1 hingga 12 September, maklumat yang ada menunjukkan bahawa berlaku serangan mendadak menyebabkan lebih daripada 38,500 orang menjadi pelarian,” kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA)

Bagaimanapun, OCHA berkata, seramai 4,500 pelarian yang melarikan diri sejak 1 September telah ‘kembali secara tiba-tiba’ sejak tiga hari yang lalu di wilayah pedalaman di barat dan selatan wilayah Idlib.

Presiden Bashar al-Assad kini menumpukan perhatiannya pada wilayah Idlib, dan pada awal bulan, rejim tentera dan sekutu mereka, Rusia telah meningkatkan serangan bom mereka ke wilayah yang padat penduduknya.

Kira-kira separuh daripada sekitar tiga juta penduduk yang tinggal di wilayah berkenaan menjadi pelarian sejak perang selama tujuh tahun dan ada yang hanya bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan hidup. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close