Berita UtamaDuniaUtama

Florence mula badai AS

Carolina Utara, Selatan diisytihar darurat, jutaan penduduk pindah

WILMINGTON, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Puluhan ribu kediaman terputus bekalan elektrik berikutan Taufan Florence dengan kekuatan angin mencecah 150 kilometer sejam mula membadai pantai timur Amerika Syarikat (AS).

Ribut kategori empat terkuat dalam tempoh enam dekad itu – tetapi kini diletakkan dalam kategori satu – dilaporkan menghampiri Carolina Utara dan Selatan, dan berisiko membunuh banyak nyawa serta banjir besar.

Kelmarin, lebih sejuta penduduk yang tinggal dalam laluan Florence itu diarah berpindah, tatkala taufan yang dianggap paling dasyat itu mengumpul kekuatan angin mencecah 220 kilometer sejam menuju ke pantai timur AS.

Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper berkata, taufan yang melanda bandar itu hari ini akan menjadi ujian hebat kepada pihak berkuasa tempatan.

“Hentaman pertama ribut adalah ke arah kita, dan kami mempunyai beberapa hari untuk berdepan situasi ini,” katanya.

Jurucakap Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, Brandon Locklear berkata, Carolina Utara dijangka mengalami hujan selama lapan bulan, bermula dua hingga tiga hari akan datang.

Setakat semalam, keadaan di beberapa kawasan di Carolina Utara semakin merosot dengan paras air laut meningkat selepas hujan berterusan selama beberapa jam.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) pula memaklumkan kelajuan angin menurun, menjadikan ia ribut kategori satu. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close