Berita UtamaDuniaUtama

Beirut tolak rancangan AS hantar pelarian Palestin ke negara lain

590,000 pelarian Palestin kini berlindung di Lubnan

BEIRUT, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Lubnan membantah rancangan negara pembuli, Amerika Syarikat (AS), untuk menempatkan semula pelarian Palestin di beberapa negara Arab yang lain.

Menteri Luar Lubnan, Jebran Bassil menegaskan bahawa kerajaan menolak sebarang langkah penempatan semula pelarian Palestin atau rancangan seumpama itu dibuat di negara berkenaan.

“Walaupun seluruh dunia menerima penempatan semula (pelarian Palestin), kami akan menolaknya.

“Seperti mana kita mengalahkan Israel dengan membuang pendudukannya dari Selatan Lubnan pada tahun 2000, kami akan membantah rancangan ini juga,” katanya seperti dilapor akhbar negara itu.

Bantahan Jebran itu dibuat susulan kenyataan Menteri Perisikan Israel, Yisrael Katz dua hari lalu, kononnya mengalu-alukan rancangan Presiden AS, Donald Trump untuk menempatkan semula pelarian Palestin di Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq.

Katz dalam kenyataan ringkas di Twitter, bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran tambahan mengenai cadangan negara pembuli itu.

Lubnan kini menjadi tuan rumah kepada kira-kira 590,000 daripada lima juta pelarian Palestin – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close