Berita UtamaUtama

440,743 calon ambil UPSR tahun ini

Lembaga Peperiksaan ingatkan calon rujuk jadual waktu UPSR 2018

BANGI, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Seramai 440,743 calon akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 20 September hingga 27 September ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu, seramai 430,031 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,712 adalah calon sekolah swasta.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2018 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkenaan turut mengingatkan calon supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close