Berita UtamaUncategorizedUtama

‘Sokong hukuman syariah bukan kecam’

Jordan contoh negara terbaik laksana undang-undang Islam

KUALA TERENGGANU, 3 Muharram 1440H, Khamis – Umat Islam perlu mengambil iktibar pelaksaan hukuman syariah seperti sebat, bukan berterusan membuat kecaman dan bantahan.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, Jordan antara negara yang membuktikan undang-undang Islam adalah terbaik untuk dilaksanakan.

“Di Jordan ada dua sistem kehakiman iaitu Romawi dan Islam, namun ternyata masyarakat bukan Islam di negara itu memilih sistem Islam,” katanya.

Baru-baru ini di Terengganu, pasangan lesbian masing-masing berumur 22 dan 32 tahun disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta, pada 8 April lepas.

Hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia itu adalah yang pertama seumpamanya di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut Ustaz Zawawi berkata, umat Islam sepatutnya melihat hukuman syariah dari sudut positif.

Ini kerana katanya, undang-undang Islam bertujuan untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada orang lain.

“Apa yang berlaku, mereka ini yang tidak faham undang-undang Islam, memberi komen kononnya hukuman sebat baru-baru ini memalukan Malaysia.

“Kalau diberi peluang, kita berbesar hati untuk memberi penerangan di media arus perdana kerana kita yakin sistem Islam adalah terbaik untuk semua masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close