Berita UtamaUtama

Pertuduhan terhadap Shafee hanya untuk takutkan peguam lain: Najib

Bekas PM kata tiada siapa akan selamat jika jadi mangsa dan penindasan kerajaan

BANGI, 3 Muharram 1440H, Khamis – Datuk Seri Najib Razak mendakwa pertuduhan terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya langkah untuk menakutkan beliau dan peguam lain mewakilinya di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tuduhan yang dibuat amat mengejutkan kerana beliau belum lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes ini.

Ini bermakna katanya, siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Shafee dituduh di mahkamah.

“Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

“Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Selain itu Najib turut mendakwa pertuduhan terhadap Shafee mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 adalah tindakan untuk menafikan hak beliau mendapatkan perbicaraan yang adil.

“Penindasan terhadap Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan,” katanya lagi.

Muhammad Shafee adalah peguam utama yang mengetuai barisan tujuh peguam bela yang mewakili Najib ketika didakwa pada Julai lalu, atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Selain itu Shafee turut mewakili Najib ketika didakwa pada Ogos, atas tujuh pertuduhan termasuk tiga pertuduhan baharu iaitu menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat SRC International.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close