Dr Ahmad Sanusi AzmiKolumnisUtama

Mengapa Allah mencela suara keldai?


1. DALAM al-Quran, Allah mencela suara keldai dan menyifatkannya sebagai seburuk-buruk suara. Perkara ini disampaikan melalui nasihat Luqman al-Hakim yang berpesan kepada anaknya supaya jangan bersifat bongkak dan takabbur. Firman Allah:

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

“(Nasihat Luqman pada anaknya): “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Surah Luqman: 19)

2. Jika diperhatikan di sini, celaan Allah terhadap suara keldai ini disebutkan ketika Luqman menasihat anaknya agar jangan bersifat sombong. Melalui naratif ini, Luqman dikatakan berpesan kepada anaknya supaya jangan mendabik dada ketika berjalan dan jangan meninggikan suara ketika bercakap.

Ini adalah kerana, salah satu tanda orang yang takabbur itu adalah mereka bercakap dengan nada yang tinggi. Di sinilah Allah memberikan perumpamaan bahawa suara mereka yang sombong ini adalah seperti suara keldai. Bahkan ia adalah seburuk-buruk suara!

3. Mengapa Allah menyifatkan suara keldai ini sebagai seburuk-buruk suara? Menurut Prof Zaglul al-Najjar, suara atau sesuatu bunyi akan diukur melalui skala decibel (skala pengukuran bunyi). Suara keldai dikatakan mempunyai julat decibel yang tinggi yang secara fizikalnya mampu menyakitkan telinga yang mendengar.

4. Lihatlah di sini betapa halusnya Allah menegur orang yang sombong. Mereka digambarkan sebagai orang yang mempunyai suara yang menyakitkan telinga secara fizikalnya bahkan menyakitkan hati bagi mereka yang mendengarnya.

Moga Allah menjauhkan kita dari sifat sombong.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close