Berita UtamaDuniaUtama

Kajian dedah lebih 1,000 paderi di Jerman cabul kanak-kanak

Kes pencabulan berlaku lebih tujuh dekad tetapi disembunyikan pihak gereja


BERLIN, 3 Muharram 1440H, Khamis – Satu kajian mendedahkan paderi Katolik di Jerman mencabul secara seksual ribuan kanak-kanak selama hampir tujuh dekad, tetapi disembunyikan pihak gereja.

Majalah berita Der Spiegel yang memetik salinan kajian yang dibocorkan di Persidangan Paderi Jerman melaporkan 1,670 paderi telah mencabul 3,677 kanak-kanak, kebanyakannya lelaki, di Jerman antara 1946 dan 2014.

Lebih separuh daripada mangsa berusia 13 tahun atau lebih muda ketika mereka dicabul.

Bishop Trier, Stephan Ackermann mengesahkan laporan itu, mengatakan bahawa gereja sebenarnya sedar pencabulan yang dilakukan oleh paderi.

“Ia menyedihkan dan memalukan bagi kami,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kajian itu dijangka akan disampaikan secara rasmi pada 25 September.

Dokumen ini, yang dikumpulkan oleh tiga universiti Jerman, menunjukkan bahawa bukti, dalam banyak kes, telah dimusnahkan atau dimanipulasi.

Menurut kajian, paderi yang dituduh melakukan penderaan seksual sering dipindahkan ke lokasi lain tanpa menyediakan ‘maklumat yang sesuai’ mengenai mereka di tempat baru.

Hanya satu pertiga daripada mereka yang tertuduh tertakluk kepada pendengaran tatatertib oleh gereja dan sekatan yang dikenakan adalah paling minimum, kata laporan itu.

Terdapat tuduhan yang meluas bahawa gereja Katolik bukan sahaja mengabaikan, tetapi juga menutup kes penderaan kanak-kanak. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close