Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Hospital kurang minyak di Gaza ditutup sembilan hari lagi

250,000 penduduk Palestin bakal berdepan masalah rawatan perubatan

GAZA, 3 Muharram 1440H, Khamis – Sebuah pusat perubatan di selatan Semenanjung Gaza, Hospital Abu Yusuf Al Najjar, akan menutup operasinya dalam tempoh sembilan hari lagi, berikutan masalah bekalan minyak untuk generator elektriknya.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan, memberi amaran perkhidmatan kesihatan dihentikan di hospital berpangkalan di Rafah itu yang akan menjejaskan 250,000 penduduk.

Secara kasarnya terdapat 400 pesakit yang menjadi pelanggan tetap hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan perubatan, termasuk dialisis, kata kementerian itu.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kementerian itu mengulangi amaran sektor perubatan di Gaza akan terjejas berikutan masalah bekalan minyak yang teruk bagi menjana generator kecemasan hospital.

Menempatkan kira-kira dua juta penduduk, Semenanjung Gaza mempunyai 13 hospital kerajaan dan 54 pusat kesihatan, yang mana kedua-duanya menawarkan 95 peratus perkhidmatan kesihatan di wilayah terkepung itu.

Gaza berdepan kekurangan bekalan elektrik yang teruk kesan daripada kepungan dan sekatan dilakukan rejim pengganas Israel sejak 11 tahun lalu.

Rejim Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang diketuai Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah), menyokong sekatan di Semenanjung Gaza yang dikawal Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas). – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close