Berita UtamaDuniaPalestinUtama

VIDEO | Zionis tembak remaja

Lelaki Palestin maut ditembak cuba potong pagar sempadan

GAZA, 29 Zulhijjah 1439H, Isnin – Askar rejim pengganas Israel menembak mati seorang lelaki Palestin selepas didakwa cuba memotong pagar sempadan memisahkan Israel dan Semenanjung Gaza, hari ini.

“Askar mengenal pasti seorang lelaki mendekati pagar sempadan dan cuba mensabotajnya,” lapor media tempatan sambil menambah bahawa anggota tentera melepaskan tembakan ke arahnya.

Pegawai keselamatan Palestin berkata, Atef Mohammed Saleh, 32, dari Jabaliya di utara Semenanjung Gaza, mulanya cedera dan diberi rawatan oleh rejim Zionis, tetapi kemudian dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan serius.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, rejim pengganas Israel telah membunuh 175 warga Palestin dan mencederakan kira-kira 19,600 yang lain sejak bermulanya tunjuk perasaan ‘The Great March of Return’ pada 30 Mac lalu.

Sabtu lalu, seorang remaja Palestin maut selepas cedera ditembak askar rejim Zionis sehari sebelum itu, ketika mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di Gaza, menjadikan jumlah yang terbunuh pada Jumaat lalu kepada dua orang.

Remaja dikenali sebagai Ahmed Misbah Abu Tayour, 16 tahun, ditembak di timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Klip video dikongsi netizen menunjukkan saat Ahmed Misbah ditembak askar rejim Zionis Israel, menjadi tular di media sosial.

Ahmed Misbah adalah remaja kedua yang ditembak mati askar pengganas Israel di timur Rafah, Jumaat lalu. Pada hari sama, Bilal Khafaja, 17 tahun, ditembak didada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memasuki lima bulan sejak ‘The Great March of Return’ bermula, rakyat Palestin terus mengadakan tunjuk perasaan berdekatan pagar sempadan Israel-Semenanjung Gaza, bagi mendesak supaya dibenarkan kembali ke tanah dan rumah mereka yang dirampas, serta menamatkan sekatan 11 tahun oleh rejim Zionis. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close