Berita UtamaUtama

Polis tahan bekas setiausaha sulit timbalan menteri

Pegawai berusia 30-an rakam bawah skirt wanita direman esok

BANGI, 29 Zulhijjah 1439H, Isnin – Polis menahan bekas Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman selepas dia disyaki merakam bahagian bawah skirt pekerja wanita menggunakan telefon bimbit di kedai cermin mata, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan ketika berada di sebuah restoran di Solaris Dutamas pada jam 1 tengah hari tadi.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Akta 336).

“Permohonan reman terhadap lelaki itu dijangka dibuat esok,” katanya.

Sebelum ini, seorang petugas wanita di kedai cermin mata membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Azis Jamman merakam video bahagian bawah skirtnya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khee memaklumkan insiden itu berlaku ketika dia sedang membuat pemeriksaan mata timbalan menteri berkenaan sebelum menyedari tindakan lelaki terbabit mengubah kedudukan kerusi dan duduk rapat menghamipirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close