Berita UtamaDuniaUtama

Israel tutup pintu sempadan Tebing Barat, Semenanjung Gaza

Penutupan sempadan didakwa menghalang serangan keganasan berlaku

SEMENANJUNG GAZA, 29 Zulhijjah 1439H, Isnin – Tentera rejim pengganas Israel mengumumkan akan menutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjelang sambutan perayaan Yahudi.

Penutupan pintu sempadan pada cuti umum Yahudi dan Israel didakwa sebagai prosedur rutin, kononnya bertujuan menghalang cubaan serangan keganasan dalam tempoh berkenaan.

“Penutupan akan bermula pada tengah malam Sabtu, dan berakhir pada Rabu (12 September). Cuti tahun baru Yahudi bermula petang semalam sehingga tengah malam Selasa,” kata tentera rejim itu.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liberman telah mengarahkan laluan pejalan kaki Erez ke Semenanjung Gaza ditutup sejak Rabu lalu, sebagai hukuman ke atas rusuhan yang didakwa dilakukan sekumpulan penduduk Palestin awal minggu ini.

“Selepas kejadian vandalisme pada Selasa lalu, saya memutuskan untuk menutup laluan pejalan kaki Erez sehingga Khamis ini.

“Tindakan sama juga akan diambil pada masa akan datang, jika kejadian seumpama ini berulang lagi,” katanya dalam catatan di Facebook.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close