Berita UtamaDuniaUtama

19 maut nahas pesawat di Sudan

Kabus tebal kemungkinan punca pesawat gagal mendarat

KHARTOUM, 29 Zulhijjah 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dalam nahas membabitkan sebuah pesawat kecil yang terhempas ke dalam tasik di selatan Sudan, semalam.

Menteri Penerangan Sudan, Taban Abel Aguek berkata, hanya empat mangsa termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas itu.

Aguek berkata, pesawat kecil dengan 19 tempat duduk itu membawa 23 orang dari ibu negara, Juba, ke bandar Yirol.

Mangsa termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, serta anggota petugas Palang Merah.

“Kita masih menyiasat punca nahas. Setakat ini, kami belum mendapatkan butiran lengkap kejadian. Keadaan cuaca berkabus berkemungkinan menyebabkan pesawat berkenaan terhempas ketika cuba mendarat.

“Seluruh bandar terkejut. Ia adalah nahas pesawat komersial,” katanya.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close