Berita UtamaDunia

ICC ada kuasa siasat jenayah kemanusiaan Rohingya

700,000 etnik Islam lari dari Rakhine ke Bangladesh

THE HAGUE, 26 Zulhijjah 1439H, Jumaat – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempunyai bidang kuasa menyiasat pengusiran kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya dari Myanmar.

Etnik minoriti Islam itu terpaksa melarikan diri dari Rakhine ke negara jiran Bangladesh sejak Ogos tahun lalu, selepas mengalami tindakan berdarah tentera Myanmar.

ICC dalam satu kenyataan berkata, kamar pra-perbicaraan ICC yang diputuskan oleh majoriti mahkamah boleh melaksanakan bidang kuasa ke atas dakwaan pengusiran beramai-ramai etnik Rohingya.

Ketua pendakwa raya ICC, Fatou Bensouda meminta hakim di satu-satunya mahkamah jenayah kekal dunia itu memutuskan jika beliau boleh menyiasat pengusiran itu sebagai jenayah ke atas kemanusiaan.

ICC ditubuhkan pada 2002, bertindak untuk menghukum jenayah terburuk termasuk genosid di tempat di mana tribunal negara tidak bersedia atau tidak boleh bertindak.

Sebaliknya, Myanmar menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan di ICC itu, berikutan dari segi perundangan, Myanmar bukan penandatangan dan anggota Statut Rome yang mematuhi ICC.

“Tiada dalam Piagam ICC mengatakan mahkamah memiliki bidang kuasa ke atas negara yang tidak menerima bidang kuasa itu,” kata jurucakap negara itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close