Berita UtamaUtama

Marina Mahathir patut hormat bapa menangis depan ulama

Saya sokong Wan Azizah tolak LGBT, kata Naib Ketua Pemuda PAS

Oleh Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net

BANGI, 20 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) patut disokong bukan disebabkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, tetapi ucapannya itu selari dengan Islam.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau menyokong kata-kata Wan Azizah yang tidak akan membiarkan gaya hidup komuniti LGBT berleluasa kerana ia adalah haram.

Wan Azizah sendiri, katanya, telah melakari pelbagai ujian terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat yang sehingga sekarang ini gagal dibuktikan secara syarie menurut undang-undang Islam.

“Namun saya yakin jauh di sudut hati Wan Azizah, beliau sangat sensitif dengan isu yang telah menghilangkan 2 dekad ketenteraman keluarganya ini.

“Justeru, pendirian Wan Azizah wajib disokong. Bukan kerana ia keluar dari mulut seorang Timbalan Perdana Menteri atau seorang isteri kepada mangsa fitnah, tetapi kerana ia adalah selari dengan Islam. Mana-mana pihak yang membiarkan gaya hidup kelompok LGBT bahkan menyokongnya adalah haram sama sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas ucapan Wan Azizah dalam temu bual dengan sebuah stesen radio baru-baru ini, berhubung komuniti LGBT.

Pada masa sama, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, mengecam kenyataan aktivis Sisters in Islam (SIS), Marina Mahathir yang cuba memesongkan istilah ‘haram’ dalam kenyataan Wan Azizah itu kepada cuba meminggirkan golongan LGBT.

Sambil memetik kisah kaum Nabi Lut, beliau berkata, Marina sepatutnya menunjukkan rasa hormat kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menangis di hadapan ulama demi untuk melihat masyarakat kembali kepada al-Quran.

“Saya simpati kepada Timbalan Perdana Menteri. Saya sifatkan kenyataan beliau ikhlas dan lahir dari sanubari normal seorang manusia. Namun yang menyerangnya ialah anak kepada Perdana Menteri. Sepatutnya dalam suasana seperti ini, seluruh pimpinan Parti Keadilan (PKR) bangun serentak untuk menyatakan sokongan.

“Jika tiada pihak dalam PKR yang sudi bangun menyokong, saya sudi bangun menyokong. Mungkin juga secara senyap-senyap Wan Azizah telah dibela walaupun sepatutnya serangan terbuka dibalas dengan pembelaan terbuka, wallahualam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close