Berita UtamaUtama

Bayaran tambang KTM tanpa tunai bermula 10 September

30,000 kad Komuter Link diberikan percuma mulai 10 sehingga 16 September


KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1439H, Khamis – Bermula 10 September ini, pengguna perkhidmatan KTM Komuter di sekitar Lembah Klang perlu membuat pembayaran tambang perjalanan, tanpa tunai.

Pengurus Besar Perolehan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Hider Yusoff berkata, bayaran tambang tanpa tunai itu akan diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.

“Sebagai permulaan pelaksanaan ini, tiada bayaran tambang secara tunai diterima daripada penumpang dewasa dan pelajar.

“Bagaimanapun, kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) masih boleh membayar tambang secara tunai dan perlu mendapatkan token di kaunter tiket,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran program KTM Komuter Go Cashless di KL Sentral di sini, hari ini.

Mohd Hider berkata, sebanyak 30,000 kad Komuter Link (dewasa) akan diberikan secara percuma mulai 10 sehingga 16 September ini.

Kad tersebut, menurutnya, boleh diperoleh di mana-mana stesen utama KTM Komuter.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau twitter @ktm_berhad.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close