Berita UtamaDuniaUtama

Gempa Iran: Jumlah mangsa cedera meningkat

Wanita hamil, warga emas antara korban gempa di Kermanshah

KERMANSHAH, 14 Zulhijjah 1439H, Ahad – Jumlah mangsa yang tercedera akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan timur laut Kermanshah, Iran awal hari ini, meningkat kepada 241 orang.

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.13 pagi waktu tempatan itu turut menyebabkan dua terbunuh, membabitkan seorang wanita hamil dan warga emas berusia 70 tahun.

Ketua Jabatan Kecemasan Universiti Sains Perubatan Kermanshah, Saeb Sharidari berkata, enam daripada 241 mangsa yang cedera disahkan kritikal.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini memaklumkan, gegaran itu melanda kira-kira 55 batu (88 km) barat laut Kermanshah, berhampiran lokasi gempa yang dianggap dasyat berlaku di negara itu pada tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Bulan Sabit Merah daerah, Mohammad Reza Amirian berkata, terdapat sekurang-kurangnya 21 gempa susulan hari ini.

Gabenor Kermanshah, Houshang Bazvand memaklumkan bahawa pihak berkuasa terpaksa memotong sementara bekalan elektrik di wilayah itu.

Katanya, pusat krisis juga ditubuhkan, dan meletakkan hospital serta beberapa organisasi bantuan dalam keadaan berjaga-jaga.

Difahamkan, impak gempa turut dirasai di Baghdad, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

November lalu, satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud melanda perkampungan dan bandar di wilayah Kermanshah, di sepanjang sempadang dengan Iraq.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close