Berita UtamaTULARUtama

Bukan bekas pope lontar jamrah

Gambar tular sebenar adalah Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal

BUKAN bekas pope, Benedict XVI, sebaliknya individu yang sedang melontar jamrah beberapa hari lalu, adalah Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal.

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa keping gambar dan video di media sosial, terutama di Malaysia, yang mendakwa bekas pope itu sedang melontar jamrah, selepas mendapat hidayah memeluk Islam dan melakukan haji.

Bagaimanapun, sebuah akaun Instagram milik anggota keluarga di raja Arab Saudi menjelaskan bahawa video dan gambar berkenaan bukan Benedict XVI, tetapi Putera Khaled.

“Putera Khaled Faisal sedang melontar jamrah sebagai sebahagian daripada ibadah haji bersama anaknya Putera Saud, dan Putera Abdullah bin Bandar bin Abdul Aziz,” tulis akaun berkenaan.

Melontar jamrah adalah satu daripada enam perkara wajib haji.

Benedict XVI mengundur diri sebagai pope pada 28 Februari 2013, dan sejak itu pelbagai berita mendakwa beliau memeluk Islam menjadi tular di media sosial.

Namun, sejak meletak jawatannya, bekas pope kelahiran Jerman itu masih tinggal di sebuah rumah kecil di Vatican bersama empat biarawati dan setiausaha peribadinya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close